Produk Ikonik Jadi Magnet

mersing1 pg27_ledang4 pg29_sibu pg33_gunung2 LEGOLAND1 IMG_20111203_145954 IMG_8142 IMG_3405 IMG_0219 IMG_0069

 Menjadikan Johor sebagai Jauhari Selatan dan destinasi pelancongan terbaik Malaysia

Oleh Hamirul Hairi Mohd Noh

DALAM tempoh beberapa tahun kebelakangan sebelum ini, Johor hanya menjadi laluan transit kepada pelancong terutama dari Singapura ke destinasi lain dalam negara. Namun senarionya kini berubah apabila ia bangkit menjadi destinasi pelancongan unggul dan wajib dilawati.

Dengan kedudukan di antara Melaka dan Singapura, ini menjadikan Johor sangat strategik untuk menjadi Hub Pelancongan Wilayah Selatan. Ini dibuktikan apabila, pada 2013, Johor adalah negeri kedua paling ramai dikunjungi pelancong antarabangsa kepada 2.6 juta selepas Kuala Lumpur.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Perdagangan dan Kepenggunaan, Datuk Tee Siew Kiong, berkata, perubahan itu ekoran langkah Johor menawarkan pelbagai produk dan lokasi tarikan pelancongan baharu yang ikonik serta unik.

Katanya, melalui strategi Pelan Induk Pelancongan Negeri, Johor mewujudkan konsep pelancongan ‘family fun’ dengan wujudnya beberapa taman tema seperti Legoland Malaysia, Sanrio Hello Kitty Town, Little Big Club dan Angry Birds Activity Park.

“Kini,  menginap satu malam di Johor tidak lagi mencukupi dan ini adalah satu pencapaian yang sangat baik bagi kita. Johor bukan sahaja menjadi tarikan pelancong malah kita juga dapati pelancong yang datang ke sini adalah dari negara yang sebelum ini jarang melawat Johor seperti Australia, Filipina, Indonesia, India dan Hong Kong,” katanya.

Walau bagaimanapun katanya, komitmen yang ditunjukkan itu tidak membawa maksud Kerajaan Negeri menafikan sumbangan sektor pelancongan sedia ada sebelum ini.

Kita turut meletakkan meletakkan pelancongan warisan sebagai satu sektor yang membantu kluster ‘Urban Heritage & Lifestyle’ yang memberi penekanan kepada eko-pelancongan.

“Tarikan warisan dan eko-pelancongan seperti di Kampung Sungai Melayu dan Kong Kong juga menunjukkan bagaimana pelancongan moden seperti taman tema dan pelancongan warisan saling melengkapi antara satu sama lain,” katanya.

INFO JAUHAR

▪ Johor Bahru akan dibangunkan sebagai sebuah Urban and Heritage Trail.

▪ Kerajaan Persekutuan melalui ECER telah memperuntukkan RM31.4 juta bagi membangunkan prasarana eko-pelancongan dan menjadikan Johor sebagai hab pelancongan untuk keluarga dengan tarikan taman tema seperti Legoland Malaysia, Sanrio Hello Kitty Town, Little Big Club dan Angry Birds Activity Park, serta pelbagai lagi destinasi tarikan yang sesuai untuk bersama keluarga.

Facebooktwitter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial