PRODUK MINUMAN TENAGA JENAMA JDT

air.transformed_3

KUALA LUMPUR: Juara Liga Super 2015, Johor Darul Ta`zim (JDT) kini mengeluarkan minuman bertenaga sendiri. Mengikut laman web rasmi kelab berkenaan, minuman yang menggunakan jenama JDT Energy Drink itu, dijual pada harga RM4.50 setin. 

Mengikut gambar yang dipaparkan menerusi laman web itu, minuman tin berkenaan berwarna biru dengan logo kelab turut dipaparkan. 

Setiap tin berisi 300 ml air minuman itu. JDT Energy Drink kini dijual sekitar Johor Bahru dan setakat ini mengikut akaun rasmi Facebook kelab itu, hampir 40 kedai disenaraikan menjualnya. 

Pasukan JDT baru-baru ini dinobatkan sebagai juara Liga Super 2015, mengulangi kejayaan yang mereka kecapi pada musim lalu.- BERITA HARIAN

Facebooktwitter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial