Program Bestari JCorp

jcorp

INISIATIF untuk menyuburkan minat dan budaya keusahawanan harus disemai seawal usia kanak-kanak bagi mendedahkan mereka terhadap dunia dan selok-belok menguruskan syarikat serta perniagaan yang dibina.

Melihat kepada pentingnya menambah bilangan komuniti perniagaan, perdagangan dan perindustrian Bumiputera, Johor Corporation (JCorp) mengambil inisiatif menubuhkan Kelab Bisnes dan Industri Johor (BISTARI) yang melaksanakan program Tunas BISTARI pada 1992, Siswa BISTARI (2004), Didik BISTARI (2005), Catur BISTARI (2008), Cilik BISTARI (2011) dan Alumni BISTARI pada 2012.

Sehingga 2013, seramai 23,508 pelajar dari 301 sekolah rendah dan menengah dengan 764 guru pembimbing terlibat dengan program Tunas serta Didik BISTARI. Peserta dua program ini mempunyai 170 syarikat yang beroperasi di sekolah masing-masing dengan melibatkan transaksi berjumlah RM24, 554,233 sejak program ini diperkenalkan.

Program Siswa BISTARI setakat ini melibatkan 1,000 siswa dari lima institusi pengajian tinggi. Turut membanggakan, 29 syarikat telah ditubuhkan dengan transasksi kewangan berjumlah RM5,180,154.

Lebih membanggakan, JCorp mengambil inisiatif untuk mengembangkan program ini ke sekolah sekitar Putrajaya, Negeri Sembilan, Selangor dan Kuala Lumpur melalui papan permainan bisnes Catur BISTARI dan Cilik BISTARI.

Pelaksanaan progam itu, kata Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Md Jais Sarday  bakal mendedahkan pelajar dan mahasiswa terhadap aspek perniagaan, mengendali dan mengurus sesebuah perniagaan.

Beliau berkata, dengan menimba pengalaman dan ilmu yang dipupuk sejak awal usia, peserta akan lebih berhati-hati dalam menguruskan perniagaan sendiri pada masa hadapan kerana melalui program ini, mereka sudah mengenali risiko yang bakal dihadapi.

“Dalam program ini, mereka bukan sahaja diajar meniaga malah mengurus hal-hal berkaitan barangan, akaun, perhubungan dan sebagainya. Pendedahan ini membolehkan mereka semakin matang untuk menangani risiko yang ada,” katanya.

Program yang dikendalikan JCorp itu, kata Md Jais, mempunyai kesimbungan yang sinergi dan sistematik kerana ia bukan hanya melibatkan murid sekolah rendah dan pelajar menengah malah menjangkau peringkat lebih tinggi.

“Program ini melibatkan murid sekolah rendah seawal usia 11 dan 12 tahun, sebelum ia beralih ke peringkat sekolah menengah dengan melibatkan pelajar tingkatan 2 dan 4.

“Seterusnya, mereka boleh meneruskan minat berniaga itu dengan Program Siswa BISTARI di peringkat institusi pengajian tinggi (IPT). Maka, saya melihat ini adalah program yang sangat bagus serta berkesan dan seharusnya diteruskan,” katanya.

Beliau berkata, JCorp juga akan memainkan peranan untuk membantu mahasiswa yang berminat untuk memulakan perniagaan melalui Program Siswa BISTARI.

Melalui program itu, JCorp bertanggungjawab menyedia dan merangka kegiatan yang bersesuaian dengan keperluan industri di samping berperanan sebagai sekretariat untuk merancang aktiviti yang akan dijayakan dan mencadangkan pelaksanaan aktiviti tersebut kepada pihak IPT,” katanya.

Menurut beliau, keberkesanan program ini dapat dilihat apabila 109 ahli Alumni BISTARI terlibat dengan perniagaan yang mengusahakan 20 jenis perniagaan dalam pelbagai bidang.

Setakat ini, keahlian Alumni BISTARI seramai 2,400 orang. Lebih menarik, Permodalan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) turut sedia menghulurkan bantuan untuk mereka menyertai perniagaan sebenar atau mengembangkan keusahawanan sedia ada melalui skim pembiayaan tertentu.

“Bantuan dan tawaran PUNB ini harus diambil oleh setiap alumni kerana ia boleh dijadikan sebagai modal untuk mereka merangka perniagaan dan mengukuhkan perniagaan sedia ada,” katanya.

bestarijcorp

Facebooktwitter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial