Pupuk Amalan Usahawan Dari Peringkat Awal

20140220_bistariJOHOR BAHRU: Amalan kearah keusahawanan dan berdaya saing dikalangan pelajar seharusnya dipupuk lebih awal bagi mendidik seseorang individu itu berfikiran secara kreatif dan inovatif

Menteri Besar, Datuk Mohamed Khaled Nordin berkata, amalan berkenaan adalah sejajar dengan cabaran semasa yang memerlukan seseorang itu bersaing untuk meningkatkan potensi diri masing-masing.

"Apabila seseorang itu memilih untuk terlibat dengan keusahawanan keyakinan mereka untuk berhadapan dengan cabaran semasa turut meningkat dan ini turut mengukuhkan lagi ekonomi dan kewangan.

"Jadi, budaya keusahawanan ini perlu diterapkan dalam kalangan generasi muda khususnya kerana dapat menjaminkan masa depan baik sekiranya diusahakan dengan bersungguh-sungguh," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada  Majlis Perasmian Hari Bistari 2014 di Pusat Konvensyen Antarabangsa, di sini, Khamis lalu.

Dalam ucapannya itu, Mohamed Khaled berkata, penganjuran program seumpama itu perlu diteruskan sebagai galakan dan motivasi serta pendedahan awal untuk melahirkan lebih ramai usahawan dari kalangan generasi muda.

Sehingga kini, sebanyak 174 buah sekolah menengah, 135 buah sekolah rendah, 240 guru pembimbing dan 18, 628 pelajar sekolah rendah dan menengah terlibat dalam program ini.

Hadir sama, Presiden dan Ketua Eksekutif Johor Corporation,  Datuk Kamaruzzaman Abu Kassim, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pembangunan, Usahawan dan Koperasi, Md Jais Sarday dan Pengarah Jabatan Pelajaran negeri, Md Hasidin Zaini.

 

Facebooktwitter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial