Pusat Dagangan Dunia KL Putra Simbolik Perjuangan 70 Tahun UMNO

KUALA  LUMPUR, 30 Nov – Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Hussin menyifatkan projek pembangunan Ibu Pejabat UMNO yang baru yang bermula Mei tahun depan merupakan signifikan kepada perjuangan UMNO yang telah lama berbakti kepada negara.

Tambahnya, Majlis Pecah Tanah Pembangunan Pusat Dagangan Dunia KL Putra yang disempurnakan oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Najib menjadi tanda aras kepada rakyat sebagai sebuah parti yang akan terus berkhidmat dan berbakti kepada bangsa dan tanahair.

“Perjuangan dalam mempertahan dan memperjuangkan keperluan orang-orang Melayu dan Bumiputera supaya terus menjadi bangsa yang berdaulat.

“Suatu kebanggaan kita yang walaupun berdepan dengan pelbagai tuduhan, kritikan dan serangan tetapi usaha kita untuk menambah baik apa yang telah kita warisi dari datuk, nenek dan moyang kita berjalan. Ini satu contoh di mana kita tidak lari daripada apa yang termaktub di dalam jiwa sanubari kita sebagai pemimpin-pemimpin UMNO,” ujarnya.

Pada masa yang sama beliau juga berharap perhimpunan pada kali ini akan memberikan manfaat yang lebih baik berbanding perhimpunan tahun lepas.

Katanya lagi selaku pengerusi jabatan usul-usul dan persiapan perhimpunan agung pada kali ini beliau merasakan sendiri tekanan tahun lepas mungkin tidak sama seperti tahun ini di mana ianya dapat diterjemahkan kepada perbahasan yang lebih penuh kepada pengisian dan juga untuk kita melihat kehadapan.

“Segala usaha yang dilakukan oleh UMNO adalah untuk  persediaan dalam menghadapi Pilihanraya Umum yang ke-14 (PRU-14).

“Sekiranya persiapan menjelang PRU-14 tidak dirancang dengan tepat dan teliti, jawatan yang dipegang didalam parti tidak akan mempunyai apa-apa makna jika UMNO tidak dapat memberikan yang terbaik bagi ahli-ahli serta bukan ahli UMNO.

“Semua ini ke arah PRU, solidariti parti menjawab kritikan terhadap kita dan menjaga rumah tangga kita nak pastikan perancangan gerak kerja kita semua ini ke arah pilihanraya. Kalau sekiranya kita tidak mendapat mandat yang kuat dalam pilihanraya yang akan datang, jawatan apa yang kita pegang dalam parti ini pun tidak ada makna,” tambahnya lagi. -MediaUMNO

Facebooktwitter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial