Puteri Johor Seru Melayu Keluar Dari Zon Selesa

KUALA LUMPUR: Orang Melayu diseru untuk berubah dari zon selesa iaitu dari memperoleh manfaat (spillover by chance) kepada satu gerakan atau perancangan yang dikenali sebagai 'spillover by design'.

Ketua Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Ayer Hitam, Nuriyati Md Ithnin berkata ruang dan peluang ekonomi yang ada termasuk pekerjaan,petempatan dan lain-lain perlu distruktur dalam 'design' yang paling baik untuk memastikan orang Melayu tidak ketinggalan dalam arus pembangunan.

"Sekiranya pembangunan ekonomi tidak distruktur dan dikhusus untuk orang Melayu dari peringkat awal, Puteri Johor bimbang orang Melayu akan sentiasa ketinggalan dalam arus pembangunan negara," katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya di Persidangan Pergerakan Puteri UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra, di sini hari ini.

Jelasnya lagi, sekiranya 'spillover by design' ini dapat dilaksanakan, ia juga dapat membantu golongan muda mendapatkan pekerjaan dan seterusnya dapat mengatasi masalah pengangguran.

"Namun, guna tenaga muda ini sendiri harus mengupayakan diri untuk berada dalam persaingan pasaran pekerjaan,"katanya.

Dalam ucapannya itu, beliau yang mewakili Pergerakan Puteri UMNO Johor mencadangkan supaya peranan agensi-agensi yang berhadapan dengan masyarakat diperkukuh dan ditingkatkan koordinasinya.

Katanya, ia berikutan terdapat segelintir masyarakat yang masih ketinggalan dan tidak tahu fungsi dan peranan kerajaan kerana wujud beberapa kekangan termasuk karenah birokrasi.

"Masih terdapat anak muda yang tidak memahami aspirasi kerajaan, yang sering merasa tidak berpuas hati, kecewa, merasa tertinggal dan terpinggir di dalam masyarakat.

"Kerajaan menyediakan pelbagai peluang pendidikan, pekerjaan, bantuan dan skim tetapi ia masih tidak sampai ke peringkat akar umbi akibat kepincangan sistem penyampaian, program outreach yang kurang berkesan dan sikap individu itu sendiri," katanya

Facebooktwitter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial