Puteri UMNO Berperanan Mantapkan Jentera Parti

DATUK Hamim Samuri (tengah) ketika menghadiri Program
Taklimat dan Kursus Informasi Maklumat (IT) Puteri Johor
2017 di Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM) Ledang / Ihsan
Umno Bahagian Ledang

TANGKAK, 4 April – Pergerakan Puteri UMNO memainkan peranan penting dalam menggerakkan jentera parti dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang serta memastikan kemenangan calon Barisan Nasional (BN).

Ahli Parlimen yang juga Ketua UMNO Ledang, Datuk Hamim Samuri, berkata seluruh ahli Puteri UMNO juga perlu menghampiri dan bersama masyarakat akar umbi melalui pelbagai program yang diatur UMNO Bahagian mahupun ibu pejabat parti.

“Menerusi pelbagai program yang sudah diatur, kita sememangnya mahu ahli puteri UMNO turut serta terutama dalam mempersiapkan jentera parti menjelang PRU akan datang.

“Ini secara tidak langsung dapat melatih ahli puteri UMNO ini untuk mengisi kepemimpinan parti pada masa akan datang,” katanya yang juga Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Taklimat dan Kursus Informasi Maklumat (IT) Puteri Johor 2017 di Kolej Kemahiran Tinggai Mara (KKTM) Ledang di sini, baru-baru ini.

Yang turut hadir, Ketua Puteri UMNO Bahagian Ledang, Datuk Senator Fahariyah Md Nordin.

Hamim yang juga Ahli Parlimen Ledang dan Ketua UMNO Bahagian Ledang berkata, pembabitan ahli puteri UMNO secara aktif juga akan memberi nilai tambah yang sangat diperlukan dalam memperkukuhkan parti untuk mencapai kemenangan dalam PRU kelak.

Sementara itu, Fahariyah berkata, program berkenaan sebahagian daripada usaha pergerakan sayap itu untuk memperkukuhkan jentera parti khususnya di peringkat UMNO Bahagian Ledang.

Katanya, ia membabitkan lebih 200 ahli parti di 49 pusat daerah mengundi (PDM) dalam kawasan Parlimen Ledang bagi memantapkan jentera pilihan raya parti menjelang PRU akan datang.- BERITA HARIAN.

Facebooktwitter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial