QARI DARI MUAR MUNJUL JOHAN TILAWAH AL-QURAN

Qari2

 

MUAR, 25 Feb – Qari dari Muar, Mohammad Zakiuddin Hanafi dan Qariah dari Kulaijaya, Nur Azrah Ayub muncul Johan Tilawah al-Quran peringkat negeri Johor kali ke-60 yang berlangsung di Dataran Tanjung Emas di sini, malam tadi.

Mereka masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai RM15,000, pakej umrah, piala iringan dan sijil penyertaan.
Mereka akan mewakili Johor pada Tilawah al-Quran peringkat kebangsaan nanti.

Naib johan Qari disandang Muhamad Muslim Ali iaitu johan menunggu dan Naib Johan Qariah disandang Nurul Nadiah Hashim dari Kluang yang masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai RM10,000, piala iringan serta sijil penyertaan.

Tempat ketiga pula disandang Qari dari Kota Tinggi, Mohammad Yusof Kasim, dan Nur Farhan Fifi Hanifah, Qariah dari Muar yang membawa pulang hadiah wang tunai RM5,000, piala iringan dan sijil.

Pada majlis itu juga, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dan Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah berkenan menyampaikan hadiah kepada semua pemenang dan peserta Qari dan Qariah peringkat negeri.

Turut hadir Menteri Besar, Dato’ Mohamed Khaled Nordin, Speaker Dewan Undangan Negeri, Tan Sri Mohamad Aziz, Setiausaha Kerajaan, Dato’ Ismail Karim dan Mufti Johor, Dato’ Tahrir Samsudin.

Facebooktwitter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial