RAHSIA VIETNAM DALAM GENGGAMAN HARIMAU MALAYA

Harimau-Malaysia-2014

 

 

 

 

 

 

 

RAHSIA kekuatan Vietnam kini berada dalam genggaman Harimau Malaya menjelang perlawanan separuh akhir pertama Piala AFF Suzuki di Stadium Shah Alam, Ahad ini.

Ini diakui pengendali skuad kebangsaan, Dollah Salleh yang memberitahu hasil intipan dilakukan jurulatih Harimau Muda A, Datuk Ong Kim Swee baru-baru ini bagi menyaksikan saingan Kumpulan A di Hanoi yang menyaksikan tuan rumah dan Filipina melangkah ke separuh

akhir selaku juara dan naib juara Kumpulan A membolehkan mereka mengetahui corak permainan lawan itu.

Katanya, hasil bantuan itu juga dia sudah mendapat gambaran mengenai kekuatan dan kelemahan pasukan itu serta kaedah untuk mengekang setiap asakan yang bakal diberikan.

Tambahnya, Kim Swee juga akan mengadakan sesi penerangan kepada pemain, selain menunjukkan rakaman video mengenai perlawanan itu bagi membolehkan mereka lebih memahami corak permainan yang bakal ditampilkan Vietnam.

"Hasil perbincangan dengan Kim Swee, kita sudah dapat mengenal pasti serba sedikit mengenai pihak lawan.

"Dan ditambah dengan pengalaman negara yang pernah bertemu Vietnam pada perlawanan persahabatan sebelum ini, ia membolehkan saya mengetahui dengan lebih terperinci setiap kekuatan lawan. Jadi, saya yakin ia mampu membantu kita untuk menewaskan pihak lawan.

“Apa pun, saya tidak mahu terlalu memikirkan mengenai kekuatan lawan sebaliknya mahu fokus kepada pasukan terlebih dahulu,” katanya ketika ditemui selepas sesi latihan semalam.

Bagaimanapun, Dollah mengakui Vietnam bukan calang-calang pasukan dan jika silap percaturan, padah bakal melanda Harimau Malaya.

http://utusan.com.my

Facebooktwitter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial