Rakyat Berperanan Menyumbang Kepada Komuniti Sendiri

Mohamed Khaled bersama Shahrir ketika melawat sekitar Laman Muafakat Johor Taman Sri Intan, semalam.
Mohamed Khaled bersama Shahrir ketika melawat sekitar Laman Muafakat Johor Taman Sri Intan, semalam.

JOHOR BAHRU, 7 Nov – Negeri Johor ingin memupuk pemerkasaan rakyat, dan menggalakkan rasa bertanggungjawab Bangsa Johor terhadap komuniti mereka sendiri.

Menteri Besar, Dato’ Mohamed Khaled Nordin berkata, kesedaran serta tindakan atas rasa kebertanggungjawaban rakyat itu sendiri, tanpa mengharapkan bantuan kerajaan semata-mata akan membantu Kerajaan Negeri untuk mentadbir dengan lebih baik demi kesejahteraan bersama.

“Rakyat itu sendiri perlu kita hak-upayakan. Kita berada di zaman di mana kerajaan bukan pemerintah, tetapi kerajaan adalah sebagai pengurus tadbir.

“Kita harus mengupayakan rakyat, gembelingkan segala pengaruh dan kemampuan mereka untuk mereka menyumbang kepada apa sahaja usaha yang dilakukan kerajaan.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Laman Muafakat Johor Taman Sri Intan di Johor Bahru, semalam, di mana penduduk, dengan kerjasama Majlis Bandaraya Johor Bahru telah mengubah kawasan belukar di taman itu kepada sebuah laman untuk aktiviti kemasyarakatan, riadah dan kebun kecil.

img_5849

img_5848

Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abd Latif Bandi, Setiausaha Kerajaan Johor, Dato’ Ismail Karim, Ahli Parlimen Johor Bahru, Tan Sri Shahrir Abd Samad dan Datuk Bandar Majlis Bandaraya Johor Bahru, A. Rahim Nin.

Tegas Mohamed Khaled kejayaan penduduk Taman Sri Intan membuktikan resipi kejayaan kepada kesejahteraan dan pembangunan yang berterusan adalah kerjasama erat antara penduduk dan pihak berkuasa.

“Apa yang kita saksikan di sini ialah penduduk Taman Sri Intan telah dihak-upaya, untuk memain peranan, beri pandangan, lakukan perkara-perkara yang boleh membawa kebaikan sehingga boleh menjayakan kewujudan laman ini.

“Masyarakat sendiri mesti diupaya, dan mereka juga harus tampil untuk menyumbang agar rasa kepunyaan dan tanggungjawab ke atas apa yang diusahakan di kawasan mereka sendiri, barulah mereka akan jaga.

“Dari segi kerajaan, kita menjadi fasilitator, pemudah cara untuk mereka memaksimakan peranan mereka dengan lebih berkesan.

Facebooktwitter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial