Rakyat Johor tidak lagi perlu berhijrah

PASIR GUDANG: Kerajaan Negeri percaya rakyat Johor tidak lagi perlu berhijrah ke tempat lain untuk mendapatkan pekerjaan memandangkan pelbagai peluang kerjaya telah berjaya diwujudkan di negeri ini.
 
Menteri Besar, Dato’ Mohamed Khaled Nordin berkata, kerajaan sudah berusaha mempersiapkan dan membangunkan keupayaan masyarakat di Johor agar mereka dapat turut serta dalam pembangunan yang sedang pesat berlaku.

“Saya percaya, rakyat Johor tidak perlu berhijrah dengan syarat tidak memilih pekerjaan,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa merasmikan Program Karnival Kerjaya Johor Mahir 2014 dan Program Smart Healthy di Stadium Perbadanan Pasir Gudang di sini semalam.

Dalam pada itu, Mohamed Khaled berkata, Kerajaan Negeri serius dalam menjadikan Johor sebagai hub kemahiran yang mampu membekalkan tenaga kerja mahir di negara ini.

 Ujarnya lagi, pelabur juga tidak perlu risau dengan bekalan tenaga kerja kerana Johor memiliki banyak pekerja mahir bagi memenuhi peluang pekerjaan yang ditawar oleh pihak industri di negeri ini.

“Diharapkan pihak industri di negeri ini dapat mengutamakan rakyat tempatan dalam mengisi kekosongan jawatan di tempat mereka serta dapat menawarkan gaji yang setimpal kepada tenaga kerja mahir dari negeri ini,” katanya.

 

Facebooktwitter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial