Reman Tan Sri Cuba Rasuah Sultan Johor Disambung

Pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membawa individu yang bergelar Tan Sri berkaitan isu cubaan merasuah Sultan Johor di sambung reman 3 hari bermula esok di Mahkamah Putrajaya. – Foto NSTP/Ahmad Irham Mohd Noor

PUTRAJAYA, 4 April – Perintah reman terhadap individu bergelar Tan Sri yang terbabit dalam cubaan merasuah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar, berhubung anugerah darjah kebesaran disambung tiga hari bermula esok.

Perintah reman itu dikeluarkan oleh Majistret Nik Isfahanie Tasnim Wan Abd Rahman, terhadap suspek berusia 54 tahun itu.

Suspek dibawa ke Mahkamah Majistret di sini sekitar jam 9.30 pagi tadi, berpakaian lokap SPRM berwarna jingga dan diiringi pegawai SPRM, selain tiga peguamnya iaitu Datuk K Kumarendran, Datuk Joshua Kevin dan Linda Goh.

Pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membawa individu yang bergelar Tan Sri berkaitan isu cubaan merasuah Sultan Johor di sambung reman 3 hari bermula esok di Mahkamah Putrajaya.

Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 16, Akta SPRM 2009.

Sebelum ini, suspek direman lima hari bermula Jumaat lalu yang berakhir hari ini.

Khamis lalu, suspek menyerah diri kepada SPRM selepas beberapa jam diarahkan berbuat demikian oleh Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Azam Baki.

Ahad lalu, Sultan Ibrahim menyatakan kesediaan mendedahkan maklumat kepada SPRM berhubung orang tengah yang cuba merasuah baginda mengenai penganugerahan darjah kebesaran.

Baginda mendedahkan menerima tawaran RM2 juta daripada seorang individu bagi mencadangkan nama seseorang kepada Ketua Setiausaha Negara untuk gelaran ‘Tan Sri’ daripada Yang di-Pertuan Agong. – Berita Harian

Facebooktwitter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial