Restoran Muafakat Johor Cafe Bukti Permuafakatan Bangsa Johor

Mohamed Khaled menyerahkan kad keahlian Restoran Muafakat Johor Cafe kepada YDP MPPG Hasrin Kamal Hashim, dengan disaksikan oleh Nur Aiza dan Dato' Lee.
Mohamed Khaled menyerahkan kad keahlian Restoran Muafakat Johor Cafe kepada YDP MPPG Hasrin Kamal Hashim, dengan disaksikan oleh Nur Aiza dan Dato’ Lee.

MASAI, 7 Ogos – “Saya mahu melihat permuafakan pelbagai kaum,” luah Pengasas dan Pemilik Restoran Muafakat Johor Cafe, Nur Aiza Zuliani, ketika ditanya mengenai ilhamnya untuk membuka perniagaan makanan dengan matlamat untuk menarik pelanggan dari pelbagai kaum.

“Kami juga menekankan makanan sihat dimana menu yang restoran kami sediakan adalah berasaskan sayur-sayuran, jadi semua orang boleh makan,” tambahnya.

“Kalau kita lihat, dalam masakan masyarakat Melayu, Cina dan India, semuanya ada menu sayur-sayuran dan saya merasakan ini adalah peluang yang baik untuk mengetengahkan menu-menu tersebut.

Restoran ini juga menjalankan program amal harian “Food Bank” dimana kutipan derma atau sebahagian daripada hasil perniagaan akan diberikan kepada golongan yang kurang berkemampuan dalam bentuk makanan percuma.

“Saya mahu Restoran Muafakat ini dapat mengumpulkan semua lapisan masyarakat Johor tanpa mengira kaum, agama dan latarbelakang, dan menikmati hidangan yang disediakan bersama-sama,” katanya selepas Majlis Perasmian Restoran Johor Cafe yang disempurnakan oleh Menteri Besar Johor, Dato’ Mohamed Khaled Nordin, semalam.

IMG_4915

Dalam pada itu, rata-rata pelanggan yang ditemui krew Jauhar berpendapat usaha ini sebagai bukti kukuh permuafakatan yang sekian lama telah terjalin di kalangan rakyat Johor.

“Makanan di sini pelbagai jenis dan rasanya pun sedap serta sihat, dan saya telah menjadi pelanggan setia restoran ini sejak ia dibuka selain kita dapat berkumpul dengan kawan-kawan kita dari kaum lain,” kata Jayaletchumi Arumugam, 39.

“Kita jarang melihat restoran yang dipenuhi oleh masyarakat pelbagai kaum, dan Restoran Muafakat Johor ini adalah salah satu contoh yang baik dimana semua orang dapat makan bersama-sama,” kata Woo Lee Fang, 46.

“Konsep ‘Muafakat’ yang Kerajaan Negeri bawa selama ini memang jelas dapat kita lihat di restoran ini sebab kalau kita lihat sambutan yang diberikan dari pelbagai kaum semuanya memberansangkan,” kata Raja Mohd Azizulhakim, 35.

Restoran Muafakat Johor Cafe yang mula beroperasi sejak Julai lalu, terletak di Jalan Gunung 28, Bandar Seri Alam, dan dibuka pada pukul 10.30 pagi sehingga 10.30 malam.

Hadir sama, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG), Hasrin Kamal Hashim, Pemilik Restoran Johor Cafe, Nur Aiza Zuliani dan Penasihat Restoran Johor Cafe, Dato’ Lee Chee Weng.

Facebooktwitter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial