REZEKI BENGKEL KENDERAAN

23hm22ra1.transformed

Madinah: “Saya berterima kasih kepada Allah kerana meminjamkan kaki kanan saya selama 21 tahun.

“Saya reda dan bersyukur kerana Allah beri peluang pula kepada diri ini berada di Tanah Suci untuk menunaikan ibadat haji,” kata Arjunaidi Mohamad, 44, jemaah haji orang kurang upaya (OKU) ketika ditemui di sini.

Menurutnya, dia kehilangan kaki kanannya pada 1991 selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya ketika dalam perjalanan pulang dari tempat kerjanya di Rawang, Selangor.

Dalam kejadian itu, motosikal ditungganginya dirempuh treler menyebabkan Arjunaidi parah di bahagian kaki kanan.

Kemalangan itu, katanya, bukan saja meragut nikmat hidupnya, malah ketika itu dia baru enam bulan mendirikan rumah tangga dengan pasangannya Pariyen Pautoredjo, 40.

“Alhamdulillah, Allah bagi dia untuk saya, walaupun saya tidak sempurna isteri tetap setia dan memberi semangat meneruskan kehidupan,” katanya yang kini membuka bengkel membaiki kenderaan di Kuang, Selangor.- HARIAN METRO

Facebooktwitter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial