RIBUAN RAKYAT JAYAKAN DOA UNTUK MALAYSIA

11201814_10153295676849998_3360678205009329907_n

11846653_10153295676839998_7259267741279412713_n

KUALA LUMPUR 15 Ogos – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyertai ribuan pengunjung dalam Program Doa Untuk Malaysia sempena sambutan Hari Kebangsaan 2015 di Dataran Merdeka malam ini.
Meskipun hujan renyai-renyai, keadaan tersebut tidak melunturkan semangat orang ramai bagi menjayakan program tersebut.

Bacaan doa untuk Malaysia pada majlis itu dipimpin oleh Imam Besar Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya, Hazarudin Baharudin.
Antara pengisian doa tersebut adalah bagi memohon agar negara ini dijauhkan daripada bala fitnah yang hanya akan merosakkan perpaduan rakyat.

Doa berkenaan turut memohon kesejahteraan seluruh negara dan dijauhkan bencana berikutan berlaku pelbagai tragedi termasuk kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370, nahas pesawat MH17, banjir luar biasa di Pantai Timur dan gempa bumi di Ranau, Sabah.

Terdahulu, majlis dimulakan dengan solat isyak berjemaah yang diimamkan oleh Imam Masjid Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah, Selangor, Abdul Karim Omar al-Makki dan diikuti dengan solat hajat.

Majlis diteruskan dengan selawat dan qasidah yang dipimpin oleh pendakwah terkenal dari Indonesia, Habib Syech Abdul Kadir As-Seggaf.
Program anjuran Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) itu dilengkapkan dengan ceramah oleh Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. Zulkifli Mohamed Al-Bakri.

Yang turut hadir, Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Abu Zahar Ujang; Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr. Mohd. Salleh Said Keruak; Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa), Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi – UTUSAN MALAYSIA

Facebooktwitter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial