‘River Cruise’ Bakal Jadi Tarikan Baharu Daerah Muar

image

 

ISKANDAR PUTERI, 8 Sept – Kerajaan Negeri sedang melakukan pembangunan baharu di tebing Sungai Muar untuk menjadikan sungai itu sebagai satu lagi tarikan pelancong di daerah tersebut.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Perdagangan dan Kepenggunaan Negeri, Datuk Tee Siew Kiong berkata Majlis Perbandaran Muar dengan kerjasama Jabatan Pengairan dan Saliran sedang giat menyiapkan sebuah pembangunan baharu iaitu dengan mewujudkan “River Cruise’.

Beliau berkata, pesisiran Sungai Muar memiliki kekuatan tersendiri dalam aspek pelancongan seperti Dataran Tanjung Emas yang terkenal sebagai kawasan riadah serta lokasi mendapatkan makanan ikonik daerah itu.

“Antara tarikan dan keindahan yang dapat dilihat oleh pelancong sepanjang perjalanan menyususuri Sungai Muar ini adalah Masjid Jamek Muar, masjid kedua Muar, Istana Persinggahan, Bangunan Sultan Abu Bakar dan Kubu Bentayan.

“Selain itu, turut terdapat Pekan Rabu Muar, Jeti Pengkalan Polis Marin, bangunan Kastam dan Eksais Malaysia, Maharani Riverwiew, Pengkalan Parit Tiram dan Jambatan pertama serta kedua Muar,” katanya.

Tambah beliau Jeti Tanjung Emas baharu yang akan menggantikan jeti sedia ada pula dijangka siap Oktober ini.

“Dengan wujudnya produk-produk pelancongan luar daripada kebiasaan di daerah Muar ini, saya percaya dapat menarik lebih ramai pelancong terutamanya yang datang ke Melaka supaya mereka dapat memanjangkan tempoh melancong mereka dengan melancong ke daerah Muar ,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Dr Sheikh Ibrahim Salleh (PAS-Sungai Abong) pada mesyuarat kedua bagi penggal persidangan keempat Dewan Negeri Johor Ke-13, di Kota Iskandar, di sini, hari ini.

Facebooktwitter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial