RM 11 juta peruntukan bina gelanggang, gim

KOTA ISKANDAR: Untuk tahun 2015, Kerajaan Negeri memberi fokus kepada pembinaan 56 gelanggang serbaguna dan gim 30 gim Muafakat Johor yang akan dibina dengan peruntukan berjumlah RM11 juta di seluruh Johor.

Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan Negeri, Dato’ Zulkurnain Kamisan, berkata gelanggang terbuka itu akan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti gelanggang bola jarring, sepak takraw dan badminton.

Katanya, pembinaan kemudahan itu bukan bermakna Kerajaan Negeri meminggirkan sukan-sukan lain yang memerlukan perhatian.

“Kita akan terus membuat kajian termasuk cadangan YB Bukit Permai dan YB Tenang untuk membangunkan kemudahan-kemudahan sukan lain pada masa akan datang supaya terdapat kepelbagaian kemudahan dan prasarana sukan di setiap daerah,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa sesi penggulungan pada Mesyuarat Kedua (Bajet 2015) bagi Penggal Persidangan Kedua Dewan Negeri Johor ke 13 di sini hari ini.

Katanya, dengan pembinaan infrastruktur seperti itu, Kerajaan Negeri berharap mampu melonjak Johor sebagai satu kuasa sukan tanah air.

“Saya percaya, melalui program pembangunan sukan yang tersusun, dengan kemudahan infrastruktur yang selesa, kecemerlangan sukan di Johor akan mampu dilonjakkan,” katanya.

Facebooktwitter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial