RM100 Juta Rawat, Pulihkan Sungai Tebrau

Sebahagian sukarelawan mengutip sampah yang mencemarkan Sungai Tebrau pada Program Community In River Sungai Tebrau di sepanjang Sungai Tebrau, Kampung Bakar Batu di sini hari ini. Foto : Utusan Online / Raja Jaafar Ali

JOHOR BAHRU, 30 Mac – Lebih RM100 juta diperlukan untuk memulih dan merawat sungai Tebrau di daerah ini yang kini tercemar akibat sampah-sarap dan sisa buangan.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar, Pendidikan dan Penerangan negeri, Datuk Ayub Rahmat berkata, proses pemulihan sungai itu akan mengambil masa bertahun-tahun dan dilakukan secara berperingkat-peringkat.

“Kandungan air sungai Tebrau mengandungi ammonia nitrogen. Sungai ini berada pada kelas tiga. Terdapat lima kelas sungai dan kelas kelima dikategorikan sungai mati,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas Majlis Perasmian Program Community In River (Coir) Sungai Tebrau di Jeti Kampung Bakar Batu, di sini sebentar tadi.

Pada 14 mac lalu, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar meninjau sendiri sungai berkenaan dan melahirkan rasa kesal dengan pembuangan sampah dan pencemaran yang berlaku.

Sultan Johor kemudian menitahkan kerajaan negeri mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang membuang sampah dan mencemarkan sungai untuk mengelakkan banjir. – Utusan Online

Facebooktwitter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial