RM150 juta untuk naiktaraf 1,074KM Jalan Kampung

unnamedKOTA ISKANDAR: Kerajaan Negeri melalui Infradesa Johor  melaksanakan kerja-kerja menaiktaraf dan melebarkan jalan-jalan kampung sepanjang 1,074km dengan peruntukan sebanyak RM150 juta.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Ir. Hasni Mohammad, berkata
kerja-kerja itu sudah sejak dari Februari 2012 hingga Januari 2015.

“Sehingga September 2014, kemajuan kerja telah dilaksanakan di tapak adalah sebanyak RM143 juta atau 1,100km.

“Dijangkakan menjelang Januari 2015, IDJ akan dapat menyiapkan kerja-kerja baikpulih dan menaiktaraf sebanyak 1,121KM, katanya.

Beliau berkata demikian pada Mesyuarat Kedua (Bajet 2015) bagi Penggal Persidangan Kedua Dewan Negeri Johor ke 13 di sini semalam.

Katanya, daripada keseluruhan jalan yang dinaiktaraf itu, 514.11km daripadanya adalah melibatkan kerja-kerja pelebaran jalan.

Facebooktwitter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial