RM164 Juta, bina 80 masjid seluruh Johor

IMG_1015PASIR GUDANG: Kerajaan akan membina 80 masjid baru di seluruh Johor membabitkan peruntukkan sejumlah RM164 juta.

Menteri Besar, Dato’ Mohamed Khaled Nordin, berkata dariapda jumlah itu, 24 sedang dibina manakala selebihnya masih dalam peringkat cadangan.

Katanya, Kerajaan Negeri akan bekerjasama dengan Kerajaan Pusat dalam menampung keperluan ibadah umat Islam di Johor.

“Kita ada persetujuan bersama dengan Kerajaan Persekutuan dalam pembinaan masjid di mana 75 peratus dibiayai oleh Kerajaan Pusat manakala 25 peratus dibiayai oleh Kerajaan Negeri,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis Pecah Tanah Masjid Besar Bandar Sri Alam di sini semalam.

Selain itu, Kerajaan Negeri juga mahu pembinaan masjid-masjid baru di negeri ini mempunyai identiti Johor dalam aspek reka bentuk bangunan.

Beliau berkata, Kerajaan Negeri akan mendapatkan kepakaran Universiti Teknologi Malaysia melalui Pusat Kajian Alam Bina Melayu (KALAM) untuk tujuan itu.

“Saya ada juga bangkitan supaya kita di Johor ini dapat lahirkan satu usaha dimana arkitek dan rupa bentuk masjid itu boleh menyumbang kepada identiti Johor.

Kita berharap dalam soal ini mungkin pihak UTM boleh fikirkan bentuk-bentuk bangunan masjid yang akhirnya bila orang tengok mereka tahu ini masjid daripada Johor,” katanya.

Katanya, masjid yang dibina dengan kos RM7 juta itu dijangka siap awal tahun hadapan dan mampu memuatkan 1,800 jemaah pada satu-satu masa.

Facebooktwitter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial