RM230 Juta Sasaran Kutipan Zakat Johor Tahun Ini

JOHOR BAHRU: Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) mensasarkan RM230 juta kutipan zakat pada tahun ini.

Menteri Besar, Dato’ Mohamed Khaled Nordin berkata, Kerajaan Negeri  memberi penekanan terhadap pembayaran zakat di negeri Johor dengan sasaran RM230 juta kutipan pada tahun ini.

 “Tahun lalu Johor kutip RM212 juta dan pada tahun ini kita sasar akan dapat kutipan RM230 juta

“Kita percaya jumlah itu dapat dicapai berasaskan pertumbuhan pesat ekonomi serta pungutan aktif umat Islam di negeri ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis berbuka puasa dan penyampaian bantuan kepada golongan asnaf di Masjid Jannatul Firdaus anjuran Dewan Perniagaan India Muslim Malaysia.

Pada majlis tersebut, seramai 210 golongan asnaf menerima sumbangan berupa hamper barangan keperluan bernilai RM150 dan wang tunai RM100 setiap seorang.

Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) tahun ini membelanjakan sebanyak RM12.07 juta untuk diagihkan kepada golongan golongan asnaf di seluruh negeri Johor.

Facebooktwitter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial