RM28 Juta Untuk Projek Pembangunan Simpang Renggam

SIMPANG RENGGAM, 14 Mac  – Sejumlah RM28 juta diperuntukkan untuk pelbagai projek pembangunan di kawasan Parlimen Simpang Renggam, sempena lawatan kerja Menteri Besar Johor.

Peruntukan terbesar disalurkan adalah bagi pelbagai projek penyelenggaraan jalan kampung, jalan negeri dan jalan selian Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) iaitu sebanyak RM18.781 juta.

Peruntukan-peruntukan lain adalah seperti berikut:-

1.RM3.8 juta untuk projek pembinaan Rumah Transit Majlis Agama Islam Johor (MAIJ).

2.RM4 juta untuk projek sambungan air kampung tersusun Kampung Paya.

3.RM111,000 untuk menaik taraf Sekolah Agama Rakyat (SAR) Sri Maju Jaya dan Sri Machap.

4.RM420,000 untuk tapak ganti kuil penganut Dewa Sri Maha Mariaman Simpang Renggam.

5.RM500,000 bagi membina gerai buah-buahan Majlis Daerah Simpang Renggam (MDSR).

6.Kelulusan tapak untuk rumah berhala penganut agama Budha Tien Hock Kong.

7.RM193,000 untuk baik pulih masjid dan surau-surau di kawasan parlimen Simpang Renggam.

Peruntukan itu diumumkan Menteri Besar, Dato’ Mohamed Khaled Nordin ketika berucap pada majlis penyerahan hak milik tanah di Dewan Majlis Daerah Simpang Renggam di sini, hari ini.

Pada majlis itu seramai 246 penduduk dari tiga kampung iaitu Kampung Sri Pekan, Kampung Jaya Sepakat dan Felcra Simpang Renggam 2 menerima hak milik tanah.

Facebooktwitter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial