RM35 Juta Peruntukan Pembangunan Untuk Sri Gading

SRI GADING, 17 April – Sejumlah RM35 juta diperuntukkan untuk projek-projek pembangunan di kawasan parlimen Sri Gading sempena lawatan kerja sehari Menteri Besar Johor, Dato’ Mohamed Khaled Nordin ke kawasan parlimen itu hari ini.

Peruntukan tersebut adalah bagi pelbagai projek pembangunan termasuk kerja-kerja naik taraf jalan, projek saliran dan Industri Kecil Sederhana (IKS).

Peruntukan-peruntukan itu adalah:-

1.RM24.2 juta untuk kerja-kerja selenggara dan melebar jalan-jalan PBT, Daerah dan Konsesi di kawasan parlimen Sri Gading.

2.RM5 juta untuk projek jalan, jambatan dan lampu isyarat Jalan Bindu.

3.RM2.2 juta untuk dua projek laman ole-ole di kawasan parlimen Sri Gading.

4.RM1 juta untuk membina dataran Parit Raja.

5.RM1 juta untuk membina Downtown Pekan Parit Raja.

6.RM1 juta untuk projek naik taraf jalan sekunder Sri Gading.

7.RM1.129 juta untuk kerja-kerja penyelenggaraan parit dan saliran.

8.RM200,000 untuk pembinaan surau Sekolah Menengah Agama Parit Raja.

9.RM180,000 untuk projek lintasan konkrit rumah-rumah uzur di kawasan Parlimen Sri Gading.

 

Pada lawatan itu, Mohamed Khaled turut menyampaikan geran hak milik tanah kepada 208 penduduk di kawasan Parlimen Sri Gading.

Daripada jumlah itu 168 adalah dari Felcra Sri Wangi manakala 40 lagi dari Kampung Jasa Wangi.

Hadir sama ialah Ahli Parlimen Sri Gading merangkap Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Abd Aziz Kaprawi, Exco-exco Kerajaan Negeri, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Azmi Rohani, Pegawai Daerah Batu Pahat, Ab  Han Ramin dan Adun Parit Raja Datin Azizah Zakariah.

Facebooktwitter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial