RM43 Juta Untuk Pembangunan Parlimen Ayer Hitam

Mohamed Khaled menandatangani plak pengisytiharan Kompleks Bazar Niaga di Bandar Baru Ayer Hitam ketika mengadakan lawatan kerja ke Parlimen Ayer Hitam, hari ini.

BATU PAHAT, 26 Mac – Parlimen Ayer Hitam menerima peruntukan berjumlah RM43 juta bagi manfaat penduduk di kawasan parlimen tersebut.

Selain untuk membantu menyelesaikan masalah setempat, peruntukan tersebut juga adalah bagi memenuhi kehendak serta keperluan masyarakat di situ.

Pengagihan peruntukan oleh Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri itu adalah bagi pelaksanaan projek-projek baharu dan yang sedang berjalan.

Ia turut melibatkan usaha bagi menaik taraf jalan dan baik pulih kemudahan serta pembinaan rumah mampu milik.

Peruntukan tersebut diumumkan oleh Menteri Besar Johor, Dato’ Mohamed Khaled Nordin ketika berucap di SJK (C) Yong Peng 2, dekat sini, sempena lawatan kerjanya ke Parlimen Ayer Hitam, di sini hari ini.

Pecahan peruntukan adalah bagi tujuan seperti berikut:

1. Pemberian Hak Milik Tanah kepada 15 orang penduduk di Kg. Sawah Sagil.

2. Pembinaan Rumah Mampu Milik:
– Rumah Rakyat Yong Peng di atas Tanah Rizab seluas 33 ekar
– Pengambilan Balik Tanah di Parit Sumarto seluas 5 ekar

3. Pembinaan sebuah lagi Sekolah Agama Fasa 6 di Kg. Parit Tengah, Mukim 7.

4. Pembinaan Projek Pam Penggalak di Kg Sg Beliat (RM3.7 juta)

5. Pembinaan Masjid:
– Masjid Ar Rahman, Kg. Parit Awang (RM2.6 juta)
– Masjid Kg Parit Haji Ali (RM2.5 juta)

6. Sistem Perparitan di Parlimen Ayer Hitam:
– Bina baharu dan naik taraf jalan-jalan ladang (RM1.844 juta)
– Selenggara dan naik taraf Jambatan Majlis Perbandaran Batu Pahat dan Pagar (RM1.480 juta)
– Mengganti dan selenggara lintasan konkrit rumah-rumah yang telah usang (RM1.850 juta)
– Selenggara dan mendalamkan parit pertanian sedia ada (RM2.568 juta)

7. Selenggara dan naik taraf jalan kampung, jalan negeri dan PBT (RM21.833 juta)

8. Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (RM150,000)
– Pembinaan Dewan Terbuka di SJKC Yong Peng 1
– Baik pulih pagar SJKC Kangkar Baharu
– Baik pulih pagar SJKC Lam Lee
– Baik pulih siling SJKC Malayan
– Bina pejalan kaki berbumbung Sekolah Tinggi Yong Peng

9. Naik taraf padang sekolah SMK Suria Perdana, Parit Semarang (RM200,000)

10. Pemasangan 329 batang lampu jalan.

11. Baik pulih Dewan Putra Ayer Hitam (RM200,000)

12. Pembinaan Dewan Muafakat di Bandar Baru Ayer Hitam (RM4.1 juta)

Facebooktwitter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial