RM80 Juta Diperuntukkan Untuk Parlimen Sekijang

SEGAMAT, 20 Mac – Kira-kira RM80 juta peruntukan diumumkan untuk pelbagai projek pembangunan di kawasan Parlimen Sekijang sempena lawatan kerja Menteri Besar Johor, Dato’ Mohamed Khaled Nordin, hari ini.

Kesemua peruntukan itu adalah daripada Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan.

Projek-projek berkenaan adalah seperti berikut:-

1. RM23 juta untuk menaik taraf loji rawatan air Pemanis dan menaik taraf sistem agihan air termasuk membina tangki air dan paip air yang baru.

2. RM22.5 juta bagi membina sebuah stadium mini dan stadium tertutup.

3. RM21.5 juta untuk kerja-kerja menaik taraf dan melebarkan jalan-jalan kampung, jalan-jalan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan jalan-jalan negeri.

4. RM1.25 juta untuk projek Agro Mix Farm, dan program Kebun Nukleus Durian.

5. RM4 juta untuk kerja-kerja meluruskan persimpangan masuk Felda Kemelah.

6. RM3.5 juta untuk membina Masjid Felda Pemanis 2.

7. RM3.2 juta untuk membina Gerai Muafakat Bandar IOI.

8. RM2 juta untuk membina Dewan Muafakat Taman Utama.

9. RM860,000 bagi menggantikan jambatan sempit ke Kampung Melayu Raya.

10. RM450,000 bagi menaik taraf bumbung masjid Segamat Baru.

11. RM1.05 juta untuk kerja-kerja naik taraf balai raya di Pekan Jabi, Kampung Bumbun, Kampung Paya Besar dan Kampung Pogoh.

Selain itu, dua buah sekolah agama baharu akan dibina tahun hadapan iaitu Sekolah Agama Segamat Baru dan Sekolah Agama Kampung Tengah.

 

Facebooktwitter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial