RM900,000 perkasa peranan Rukun Tetangga dan Skim Rondaan Sukarela Johor

IMG_3981aJOHOR BAHRU: Kerajaan Johor memperuntukkan RM900,000 bagi memperkasakan peranan Rukun Tetangga (RT) dan Skim Rondaan Sukarela (SRS) tahun ini.

Menteri Besar, Dato’ Mohamed Khaled Nordin, berkata, peruntukan itu diharap dapat meningkatkan keberkesanan RT dan SRS dalam menjaga keselamatan di kawasan masing-masing.

“Saya berharap peruntukan ini akan menjelmakan pelbagai kebaikan yang membolehkan SRS dilengkapi dengan peralatan rondaan bersesuaian dengan peranannya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Iftar Bersama Ketua Peronda SRS &Penyerahan Peralatan SRS di sini semalam. Beliau juga mahu fungsi dan peranan SRS diperluaskan agar lebih ramai menawarkan diri untuk menganggotainya.

“Fungsi dan peranan SRS perlu dilebar luaskan dengan pelbagai kempen kreatif agar lebih ramai yang menawarkan diri menjadi relawan dan menjadi angen Keselamatan Komuniti.

“Harapan saya juga agar lebih banyak SRS dapat diwujudkan di semua daerah serta di pelbagai penjuru di Johor ini agar terjelma kesejahteraan yang bening, terlahir masyarakat yang hidup aman, damai dan selamat dalam lingkungannya dan terus subur semangat bermuafakat untuk kebaikan,” katanya.

Pada Majlis itu, beliau turut menyampaikan pelaratan SRS kepada ketua SRS di setiap daerah. Hadir sama pada majlis itu ialah Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan dan Sumber Manusia negeri, R Vidyananthan.

Facebooktwitter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial