RMK-10, Johor terima peruntukan RM3.3 juta bantu belia luar bandar

yb asiahKOTA ISKANDAR: Sepanjang tempoh RMK-10, sejumlah RM3.3 juta diperuntukkan kepada Johor  untuk Skim Pembangunan Kesejahteraan Rakyat (SPKR) Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW).

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat negeri, Asiah Md Ariff, berkata melalui skim itu, tiga program dapat dilaksanakan untuk membantu belia luar bandar terutamanya daripada golongan miskin dan miskin tegar.

“Seramai 2,164 belia sudah menerima faedah skim itu melalui tiga program iaitu Program Latihan dan Kemahiran Kerjaya (PLKK), Program Pembangunan Minda Insan (PPMI)  dan Program Kecemerlangan Pendidikan (PKP),” katanya.

Beliau berkata demikian pada Mesyuarat Kedua (Bajet 2015) bagi Penggal Persidangan Kedua Dewan Negeri Johor ke 13 di sini hari ini.

Beliau berkata, Kerajaan Negeri sudah melaksanakan PPMI semenjak tahun lalu bagi memberi kesedaran kepada golongan itu.

“Bagi pelaksanaan PLKK pula, Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN)sudah melaksanakan tiga program utama iaitu Program Peningkatan Kapasiti dan Kapabiliti Kumpulan Khusus, Program Karnival Kembara Kerja Johor 2014 dan Program Karnival Kerjaya Johor Mahir 2014,” katanya.

Facebooktwitter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial