SAFIQ HARAPKAN KEPUTUSAN POSITIF

11986603_1685922501640053_3815755740369566651_n

SELEPAS hanya mengutip satu mata dari tiga perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2018 dan Piala Asia 2019 dalam Kumpulan A, Ketua Pasukan Harimau Malaya, Safiq Rahim mengharapkan keputusan positif mampu dijelmakan pada aksi menentang Arab Saudi di Stadium Shah Alam, malam esok.

Jelasnya, tanpa berselindung dia mengakui pasukan gagal beraksi dengan baik ketika tewas 0-10 kepada Emiriah Arab Bersatu (UAE), Khamis lalu.

"Saya harap kita akan mencipta keputusan positif malam esok  dan perlawanan-perlawanan akan datang. Kita akui kesilapan pemain, kita tidak bermain dengan baik dan tidak beri tumpuan 100 peratus.

"Arab Saudi adalah antara pasukan terbaik. Saya harap kita mampu mengatasi dan dapat menyesuaikan diri dengan pasukan-pasukan ini. Kita harus belajar selepas bertemu dengan Palestin dan UAE,” katanya.

Mengulas mengenai kekalahan Khamis lalu, Safiq tanpa berselindung mengakui tidak dapat menerima kekalahan tersebut dan tekad memperbaiki persembahan.

"Kita masih ada baki perlawanan. Jika kita baiki (kelemahan), mungkin boleh capai sasaran. Jadi, saya harap kita lupakan perlawanan lepas dan biarkan ia menjadi sejarah.

"Jadi, saya harap selepas ini bersama rakan-rakan dibantu jurulatih kita mampu memperbaiki kekecewaan pada perlawanan sebelum ini.

“Semua orang tidak boleh menerima keputusan itu,” katanya.- SINAR HARIAN

Facebooktwitter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial