Salahuddin Ketandusan Isu

SEGAMAT, 20 Mac – Menteri Besar Johor, Dato’ Mohamed Khaled Nordin hari ini menyifatkan Salahuddin Ayub sebagai ketandusan isu.

Beliau berkata Timbalan Presiden Amanah itu hanya ingin mempolitikkan dan mencari kesalahan berhubung dakwaan kononnya bilik kebal Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Johor dibolosi.

“Dia tiada isu lain dan mempolitikkan semua benda serta mencari kesalahan tetapi saya sendiri belum dapat laporan penuh daripada polis tentang apa sebenarnya yang berlaku.

“Namun saya telah meminta pihak polis agar segera buat siasatan,” ujarnya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas selesai lawatan kerja sehari ke Parlimen Sekijang hari ini.

Beliau menggesa semua pihak untuk membiarkan pihak polis menjalankan siasatan dan tidak membuat andaian sendiri.

“Kalau saya ada laporan pun, saya tidak boleh menerangkan semuanya kerana khuatir akan mengganggu siasatan dan juga pendakwaan,” tegasnya.

Salahuddin dalam satu kenyataan semalam berkata kejadian PTG itu merupakan satu tamparan hebat kepada Khaled.

Polis setakat ini telah menahan tiga suspek berhubung siasatan kes itu.

Facebooktwitter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial