SAYA SENTIASA TEGUH DIBELAKANG SULTAN DAN RAKYAT JOHOR – TMJ

11222635_513926395437331_1581151400588606306_n

Saya tidak menyokong dan memihak kepada mana-mana parti politik, saya hanya menyokong pemimpin yang berkhidmat kepada rakyat dengan penuh integriti, ketelusan dan kehormatan.

Baru-baru ini, kelihatan ramai yang cuba mendampingi dan menjadi kawan DYMM Sultan Johor, dan kemudiannya menimbulkan pelbagai andaian dan anggapan.

Janganlah lupa, saya adalah waris takhta Kerajaan Johor. Taat setia saya adalah kepada ayahanda saya, Sultan saya. Keutamaan saya adalah kedaulatan dan kesejahteraan Negeri dan Rakyat Johor. 

Jangan sekali-kali ada yang cuba menyembah nasihat kepada DYMM Tuanku demi kepentingan peribadi.

Walaupun apa yang terjadi, air dicincang takkan putus. Apabila saya menyembah nasihat kepada DYMM Tuanku, ianya adalah ikhlas dari saya kerana saya tidak mempunyai kepentingan peribadi.

Kasih sayang saya kepada ayahanda saya, Sultan saya, tiada yang boleh menggoyahkan atau menghancurkannya. Saya bukannya hendak menunding jari kepada mana-mana pihak, atau cuba mengeruhkan keadaan, tetapi saya hanyalah menegaskan pendirian saya yang sentiasa teguh di belakang Sultan dan rakyat Johor.

Semoga Johor sentiasa jadi Johor. Allah peliharakan Sultan.

DYAM BRIGADIER GENERAL TUNKU ISMAIL SULTAN IBRAHIM 
TUNKU MAHKOTA JOHOR

Sumber : Johor Southern Tigers

Facebooktwitter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial