SAYA TIDAK PERNAH KOMPLOT DENGAN MANA-MANA PIHAK JATUHKAN KERAJAAN – MUHYIDDIN

MUHYIDDIN YASSIN / MESYUARAT PERWAKILAN UMNO / SEMPORNA

SEMPORNA: Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan beliau tidak pernah berkomplot dengan mana-mana pihak untuk menjatuhkan kerajaan sedia ada yang dipilih menerusi proses demokrasi. 

"Ada yang kata saya nak tumbangkan kerajaan, saya nak jatuhkan kerajaan. Hebat juga kalau saya seorang diri boleh jatuhkan kerajaan, ..luar biasa Muhyiddin seorang boleh jatuhkan kerajaan. 

"Saya tak pernah berkomplot, ..mana ada komplot, mana ada orang bersama-sama duduk semeja merancang nak tumbangkan kerajaan Barisan Nasional, …bodoh saya, goblok saya kalau buat begitu," katanya. 

Beliau berkata demikian berucap merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Semporna, di sini, sebentar tadi. Yang turut hadir ialah Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yang juga Ketua UMNO Bahagian Semporna. Muhyiddin yang digugurkan dalam rombakan Kabinet akhir bulan lalu berkata, sebagai seorang Islam, beliau menerima apa yang ditakdirkan kepada dirinya. 

"Tuhan telah berikan kita apa yang kita anggap sebagai satu hikmah. Selepas saya digugurkan, bila saya jalan ke mana-mana semua orang nak berselfie, post dalam Facebook hingga jadi viral seolah-olah saya hero dalam Malaysia,..kononnya.

"Bukan begitu, mungkin kerana rakyat Malaysia menilai, macam Shafie yang dihormati kerana prinsipnya " katanya. – BH

Facebooktwitter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial