Sektor Pembuatan Asas Kepada Ekonomi Lestari

img_5953

JOHOR BAHRU, 22 Nov – Sektor pembuatan harus menjadi salah satu asas kepada pembangunan sebuah ekonomi yang lestari.

Menteri Besar Johor, Dato’ Mohamed Khaled Nordin berkata, momentum prestasi ekonomi negeri Johor yang kukuh perlu diteruskan dengan penumpuan kepada penambahbaikan sektor itu.

“Kita wajar berbangga dengan kejayaan sektor pembuatan negeri kita kerana ia telah membuka pelbagai peluang untuk rakyat kita dari segi peluang perniagaan, kewujudan pekerjaan bernilai dan berpendapatan tinggi, dan mencipta sebuah ekosistem perniagaan yang sihat.

“Dalam tempoh lima tahun yang lalu, 720 projek pembuatan bernilai RM78.8 bilion telah dilulus dan dilaksanakan. Nilai itu adalah bersamaan 81.4 peratus daripada jumlah pelaburan yang diluluskan.”

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucaptama pada majlis makan tengah hari persama Persekutuan Pekilang-pekilang Malaysia (FMM), di sini.

Hadir sama pada majlis itu, Pengerusi FMM Cawangan Johor, Kapten (B) Abdullah Shariff, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Perdangangan, dan Kepenggunaan, Datuk Tee Siew Kiong dan Setiausaha Kerajaan Johor, Dato’ Ismail Karim.

Tambah Mohamed Khaled, Kerajaan Negeri telah melancarkan inisiatif ke arah memperkasakan sektor pembuatan, serta ekonomi negeri secara amnya, seperti Pelan Pertumbuhan Strategik Johor (PPSJ) yang dilancarkan pada bulan Mac tahun ini.

“Pelan ekonomi sepert (PPSJ) dirangka bagi memastikan negeri ini dapat terus mengekalkan kecemerlangan prestasinya ekonominya.

“Berasaskan inovasi dan kreativiti, kami percaya pelan ini akan mendemokrasikan pembangunan negeri Johor, di samping mencipta sebuah naratif pertumbuhan ekonomi yang baharu dan moden,” katanya.

Facebooktwitter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial