Sektor perumahan Johor terus diperkasa

1782080_269582576538394_1342746705_nGELANG PATAH: Kerajaan Negeri telah mengambil inisiatif memperkasakan sektor perumahan Johor dengan mentransformasi semula Dasar Perumahan Negeri yang mana akan dilaksana dan dipantau oleh Jawatankuasa Khas Sektor Perumahan serta diukur keberhasilannya menerusi Key Result Area Perumahan Pelan Suara Hati Johor.

Menteri Besar, Dato’ Mohamed Khaled Nordin, berkata, Kerajaan Negeri memberikan komitmen sepenuhnya untuk menjayakan program pembinaan sekurang-kurangnya 28,000 Rumah Kos Rendah dan Rumah Mampu Milik dalam tempoh lima tahun akan datang.

“Daripada jumlah itu, 20,000 buah rumah disasarkan untuk dibina di kawasan Iskandar Malaysia dan selebihnya akan dibina di lain-lainkawasan yang telah dikenalpasti termasuklah kawasan luar bandar.

“Sebanyak 25,522 unit rumah telah dan sedang dibina oleh para pemaju di seluruh Johor.,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis pra-pelancaran dan pendaftaran rumah mampu milik di Nusajaya yang dibangunkan oleh pemaju hartanah, UEM Sunrise Bhd di sini semalam.

Katanya, Kerajaan Negeri tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas terhadap pemaju perumahan yang gagal untuk melaksanakan program perumahan yang dipersetujui walaupun kebenaran untuk merancang telah diberikan.
 
Ketegasan ini adalah perlu bagi memastikan keperluan dan kebajikan rakyat terus terpelihara untuk tempoh jangka masa yang panjang.
 
“Kerajaan Negeri sedang dalam peringkat rundingan untuk mengenal pasti pemaju yang masih mahu meneruskan projek tersebut dan yang masih berdegil.

"Sampai masa kita akan maklumkan tindakan yang lebih tegas yang akan dibuat oleh kerajaan negeri,” katanya.

Facebooktwitter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial