Semakan Semula Pulau Batu Puteh Dialu-alukan

Foto -http://www.mstar.com.my

PASIR GUDANG, 4 Feb – Menteri Besar Johor, Dato’ Mohamed Khaled Nordin mengalu-alukan permohonan semakan semula keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) berhubung Pulau Batu Puteh.

“Bagi rakyat Johor, kami amat mengalu-alukan dan menyokong permohonan semakan semula ini oleh Peguam Negara.

“Kami berharap penemuan baharu ini akan membantu kita menuntut semula Pulau Batu Puteh.”

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyempurnakan Majlis Serahan Surat Tawaran dan Kunci Inkubator PIJ di Taman Bukit Dahlia, Pasir Gudang malam tadi.

Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali semalam mengumumkan permohonan Malaysia untuk menyemak semula keputusan ICJ itu ekoran penemuan fakta-fakta baharu yang tidak diketahui ketika keputusan asal dibuat sembilan tahun yang lalu.

Permohonan Malaysia ini adalah sambungan proses perundangan yang dimulakan oleh kerajaan Malaysia dan Singapura pada tahun 2003, sebelum ICJ memutuskan Pulau Batu Puteh adalah milik Singapura pada tahun 2008.

Facebooktwitter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial