SEMANGAT PATRIOTISME RAKYAT PADA SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN

11885283_506530906176892_1150308520424827406_n

JOHOR – Sambutan Hari Kebangsaan meriah dan penuh semangat patriotisme di Dataran Majlis Bandaraya Johor Baharu (MBJB), Johor Baharu dengan perarakan dan lintas hormat perbarisan yang disertai pelbagai agensi diadakan di Jalan Skudai berhadapan dataran tersebut.

Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin yang disertai Speaker Dewan Undangan Negeri Johor Datuk Mohamad Aziz dan Setiausaha Kerajaan Negeri Johor Datuk Ismail Karim menerima tabik hormat daripada 93 kontinjen pelbagai jabatan dan agensi kerajaan, pihak swasta serta badan-badan bukan kerajaan (NGO).

Acara sambutan disusuli nyanyian lagu Bangsa Johor, upacara menaikkan Jalur Gemilang, bacaan ikrar dan deklamasi sajak dan diakhiri dengan nyanyian lagu patriotik Jalur Gemilang dan Tanggal 31 serta laungan 'merdeka' beramai-ramai.- ASTRO AWANI

Facebooktwitter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial