SERAGAMKAN LARANGAN ANJING MASUK PREMIS – NOOH GADOT

photo

KUALA LUMPUR 7 Sept. – Semua pasar raya di negara ini didesak menyeragamkan peraturan melarang membawa binatang peliharaan ke dalam premis mereka bagi mengelakkan kejadian membawa anjing se­perti di Johor Bahru baru-baru ini daripada berulang.

Bekas Mufti Johor, Datuk Nooh Gadut berkata, adalah sesuatu yang penting bagi sesebuah pasar raya meletakkan makluman tersebut di pintu-pintu masuk premis mereka dan seterusnya, me­lakukan pemeriksaan yang lebih ketat.

Kata beliau, perkara itu serius memandangkan ia berkaitan de­ngan sensitiviti umat Islam di negara ini dan sekiranya tidak dikekang, dikhuatiri menjadi barah dalam perhubungan antara kaum di negara ini.

“Tindakan pihak tidak bertanggungjawab membawa anjing ke da­lam pasar raya di Johor Bahru baru-baru ini sepatutnya tidak berlaku jika semua rakyat Malaysia memahami sensitiviti agama masing-masing.

“Tindakan membawa masuk bi­natang yang mempunyai kaitan dengan najis mughallazah itu sekiranya tidak dikekang dikhuatiri menjadi barah dalam perhubungan antara kaum di negara ini,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Tesco Malaysia kelmarin terpaksa memanggil Ahli Jawatankuasa (AJK) Masjid Jamek Kampung Plentong Baru untuk menyamak lebih 200 troli selepas dua orang pengunjung­nya bertindak biadab membawa masuk seekor anjing ke dalam pasar raya Tesco Extra Plentong, Johor Bahru sebelum ini.

Bilal Masjid Jamek Kampung Plentong Ba­ru, Omar Abd. Ja­lil berkata, dia yang me­ngetuai proses pembersihan troli ber­kenaan dihubungi oleh salah seorang pekerja Tesco tersebut sebelum dia ke pasar raya itu bersama dua lagi AJK masjid.

Mengulas lanjut, Nooh berkata, semua rakyat Malaysia tanpa me­ngira kaum dan agama perlu bersama-sama prihatin menjaga adab dan etika sesama mereka agar perbuatan sama tidak terus berlaku.

Katanya, penekanan amalan etika atau budaya adalah penting memandangkan rakyat Malaysia terdiri daripada masyarakat berbilang kaum dan mempunyai banyak sensitiviti.

“Adab etika kita iaitu di tempat beli-belah adalah tidak wajar untuk membawa anjing. Ini najis mughallazah. Selepas ini, semua pihak perlu berhati-hati dalam menjaga adab etika ini,” katanya.

Dalam pada itu, ahli fiqh, Datuk Aidit Ghazali berkata, perbuatan membawa anjing itu secara jelas adalah satu petanda kebiadaban terhadap umat Islam.

“Mereka seolah-olah hendak mencabar undang-undang negara kita. Itu petanda kebiadaban terhadap Islam. Sekiranya perkara ini tidak diatasi sekeras-kerasnya, ia akan beri mesej yang salah kepada rakyat,” katanya.- UTUSAN MALAYSIA

Facebooktwitter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial