Siasatan Punca Kebakaran HSA Dalam Tindakan Akhir

KOTA ISKANDAR, 22 Nov – Siasatan terhadap punca kebakaran wad di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Aminah (HSA) pada 25 Oktober lalu, masih dalam tindakan akhir Jawatankuasa Siasatan Bebas Teknikal di Kementerian Kesihatan.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Ayub Rahmat berkata Jabatan Bomba dan Penyelamat Johor sudah menyiapkan laporan Eksekutif berhubung kejadian itu pada 13 November lalu, dan menyerahkannya kepada kementerian.

“Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia telah melantik pegawai-pegawai penyiasat daripada bahagian Penyiasatan Kebakaran Ibu Pejabat Putrajaya dan Negeri Johor. Siasatan yang dijalankan merangkumi pelbagai aspek bagi mencari punca kebakaran yang berlaku.

“Bahan bukti telah dihantar ke makmal forensik kebakaran Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri untuk dianalisa.

“Laporan itu perlulah dibentangkan kepada Mesyuarat Kabinet dahulu sebelum satu pengumuman khas yang akan dikemukakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak atau Menteri Kesihatan (Datuk Seri Dr S Subramaniam) berkaitan perkara ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan lisan di Persidangan Keempat Dewan Negeri Johor yang ke-13 di Kota Iskandar di sini, hari ini.

 

 

Facebooktwitter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial