SINGA YANG MENDAPAT PERHATIAN TUNKU AMINAH KINI DIKUARANTIN UNTUK PROSES PENYEMBUHAN

27hm23tt.transformed

Johor Bahru: Pengurusan Zoo Johor mengkuarantin singa jantan dikenali sebagai ‘Sharif’ bagi memastikan haiwan terbabit sembuh sepenuhnya selepas mengalami luka pada bahagian kaki akibat kecederaan berpunca daripada kuku kakinya yang panjang.

Pengurusnya Zakaria Rosli berkata, tindakan mengkuarantin itu bertujuan memastikan haiwan terbabit melalui fasa penyembuhan secara semulajadi.

“Kami mengambil tindakan mengkuarantin singa jantan itu bagi mengelak ia mengalami sebarang gangguan dan berharap langkah itu sebagai proses penyembuhannya.

“Tempoh mengkuarantin singa jantan itu bergantung kepada tahap penyembuhannya selepas kakinya cedera akibat terkena kukunya yang panjang,” katanya.

Beliau berkata, singa berusia 18 tahun itu diberikan vitamin, antibiotik selain dietnya dipantau seperti binatang lain.

“Kecederaan dialami akibat terkena kuku kakinya sendiri yang sudah panjang,” katanya.
Zakaria berkata, singa berkenaan juga diberi makan lima hingga enam kilogram daging lembu atau ayam pada setiap hari. 

“Buat masa ini, pergerakannya terhad, oleh itu dietnya juga perlu dijaga dan ia antara singa paling tua antara 13 singa ditempatkan di zoo ini,” katanya.- METRO

Facebooktwitter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial