Skim Pinjaman Kitab diperluas

Ibu bapa sambut baik langkah penjimatan

Menyedari kepentingan dan keperluan kitab bagi pelajar-pelajar sekolah agama Kerajaan

Negeri, Majlis Agama Islam Johor (MAIJ) melaksanakan Skim Pinjaman Kitab (SPK) secara menyeluruh yang membolehkan semua pelajar menerima pinjaman kitab secara berperingkat bermula sesi persekolahan 2014.

Pengerusi Jawatankuasa Agama Negeri Johor, Abd Mutalib Abd Rahim berkata, dengan penambaikan tersebut, bantuan SPK kini lebih praktikal, menjimatkan selain lebih ramai yang dapat menerima manfaat daripadanya.

Jelasnya, sebelum ini, hanya murid yang mempunyai ibu bapa berpendapatan RM1,000 ke bawah sahaja layak menerima bantuan SPK tersebut.

“Pemberian kitab oleh MAIJ secara pinjaman ini kepada semua murid di semua  Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor ini merupakan tanggungjawab MAIJ kepada umat Islam untuk menyediakan bahan pembelajaran kepada semua murid bagi mengembangkan syiar Islam sejak kecil lagi, hasil pembayaran zakat yang dilakukan oleh pembayar-pembayar zakat.

“Sejumlah RM1.5 juta setahun diperuntukkan bagi melaksanakan program SKP ini secara menyeluruh,” katanya kepada Jauhar baru-baru ini.

Mengulas lanjut, Abd. Mutallib berkata, Skim Pinjaman Kitab (SPK) akan diberikan kepada semua Sekolah Agama Kerajaan Johor bagi murid-murid Darjah Satu hingga Darjah Enam.

Bagaimanapun, katanya, pelaksanaan SKP hanya akan dibuat secara beringkat-peringkat mengikut darjah.

“Sebagai permulaan SKP secara menyeluruh akan melibatkan murid-murid daripada darjah

satu sahaja. Ini bermakna, untuk sesi persekolahan 2014, semua murid darjah satu sekolah agama Kerajaan Johor akan menerima pinjaman kitab.

“Manakala untuk darjah dua hingga enam, SPK secara menyeluruh akan dilaksanakan pada  sesi 2015 kepada murid darjah dua dan darjah seterusnya sehingga tahun 2019,” jelasnya.

Bagi Azreen Md Juhi, 39, kakitangan swasta, langkah Kerajaan Negeri melaksanakan SPK ini secara menyeluruh sepatutnya patut dilaksanakan sejak dahulu lagi.

Beliau berkata, sekarang ini ibu bapa terpaksa membeli kitab sekiranya anak-anak mereka tidak layak mendapat pinjaman.

“Dengan adanya SKP secara menyeluruh, ia salah satu cara membantu ibu bapa dapat menjimatkan perbelanjaan persekolahan, ” katanya.

Perkara itu turut dipersetujui Hezeedin Hakim, 38, Kakitangan Swasta, yang mengharapkan Kerajaan Negeri dapat melaksanakan SKP secara menyeluruh tahun depan kepada semua darjah.

“Difahamkan ketika ini, hanya pelajar semua darjah satu sahaja mendapat pinjaman melalui pelaksanaan SKP ini.

“Saya harap, ia akan diperluaskan kepada semua darjah pada tahun depan,” katanya.

Azmi Awang, 35, Kakitangan Kerajaan, turut bersetuju dengan pelaksanaan SKP secara menyeluruh.

“Ia bukti bahawa Kerajaan Negeri lebih prihatin terhadap sistem pendidikan agama Islam yang sememangnya sudah sebati dengan rakyat Johor sejak sekian lama,” katanya.

Facebooktwitter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial