Sokong Pinda Akta 355 Hanya Pandangan Peribadi – Mutalip

Abd Mutalip

JOHOR BAHRU, 21 Feb. – Pengerusi Jawatankuasa Agama Negeri Johor, Abd Mutalip Abd Rahim hari ini menegaskan kenyataan mengenai Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau Akta 355 adalah pandangan peribadi dan tidak mewakili kerajaan negeri.

“Merujuk laporan media mengenai pindaan RUU 355 semalam, saya ingin menegaskan bahawa kenyataan saya adalah pandangan peribadi dan tidak mewakili pandangan kerajaan negeri.

“Pandangan tersebut dibuat sebagai seorang yang beragama Islam dan sentiasa mendukung peningkatan syair Islam,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Menurut beliau, laporan media semalam tidak tepat kerana kerajaan negeri tidak pernah membincangkan mengenai soal pindaan RRU tersebut di dalam majlis mesyuarat Kerajaan Negeri.

 

Facebooktwitter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial