SOLAT HAJAT AGAR TIDAK BERLAKU PEMECATAN KEATAS MUHYIDDIN


11752521_971782186176217_3140598144957403659_n

SKUDAI – Lebih 10,000 ahli akar umbi Umno negeri ini dijangka menghadiri Solat Hajat Perdana yang diadakan esok bagi mendoakan tiada pemecatan terhadap Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam mesyuarat Majlis Tertinggi Umno, Rabu ini.

Ahli Umno Cawangan Presint Bakti, Hashim Abdullah berkata, solat hajat itu merupakan inisiatif ahli akar umbi Umno Johor dan akan berlangsung secara serentak selepas waktu solat Maghrib di lebih 30 masjid dan surau seluruh negeri Johor.

Katanya, rata-rata ahli akar umbi Umno negeri itu berharap tiada pemecatan dibuat terhadap mana-mana pemimpin kerana bimbang akan menyebabkan perpecahan lebih teruk dalam parti itu.- SINAR HARIAN

Facebooktwitter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial