STRUKTUR JAMBATAN DI PESERAI RETAK DILANGGAR TONGKANG

BATU PAHAT: Struktur sebuah jambatan di Peserai, di sini retak selepas dilanggar sebuah tongkang yang dipercayai hanyut dari muara sungai berhampiran pagi tadi. Kejadian kira-kira jam 7.30 pagi itu membabitkan tongkang sepanjang kira-kira 20 meter. 

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Mohd Khalid, Saif Ab Rahim, berkata pihaknya menerima makluman daripada pihak Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim) pada jam 7.51 pagi. 

Katanya, pihaknya terus bergegas ke lokasi dengan kekuatan enam anggota dan satu jentera bagi memastikan keselamatan pengguna. 

"Buat masa ini kita terpaksa menunggu air di Sungai Batu Pahat surut baru ada tindakan untuk menunda kapal berkenaan. 

Selain itu struktur jambatan turut mengalami keretakan dan kita sedang menunggu siasatan lanjut daripada pihak Jabatan Kerja Raya (JKR), sama ada selamat digunakan atau sebaliknya," katanya.- BERITA HARIAN

Facebooktwitter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial