PENGENALAN

Pelan Suara Hati Johor merupakan satu pelan pencapaian berlandaskan pemantauan, ukuran dan berstrategi bagi menangani fokus utama keperluan dan kehendak rakyat seperti keselamatan, perumahan mampu milik, kos sara hidup dan kesejahteraan rakyat, infrastruktur, agama islam, kesihatan, ekonomi, keusahawanan dan telah dilancarkan pada 31 Mei 2014.

Pelan ini adalah kesinambungan dari inisiatif rundingan rakyat Kajian Suara Hati Johor yang telah dijalankan hasil kerjasama antara Kerajaan Negeri dan Universiti Teknologi Malaysia bagi mendapatkan maklumbalas permasalahan pembangunan rakyat di negeri Johor.

Ia perlu dilaksanakan demi mempertingkatkan keyakinan rakyat terhadap keupayaan dan kecekapan Kerajaan Negeri mentadbir serta menyokong setiap usaha-usaha yang telah dirancang demi kebaikan rakat dan generasi yang akan datang.

Matlamat Pelan adalah membentuk Kerajaan Negeri berteraskan pencapaian dengan halatuju yang jelas berpegang pada muafakat pembangunan dan pengagihan, keterangkuman berkerajaan sambil mendukung tiga gagasan utama.

Kajian telah dihasilkan daripada kesinambungan dari inisiatif rundingan rakyat Kajian Suara Hati Johor yang telah dijalankan hasil kerjasama antara Kerajaan Negeri dan Universiti Teknologi Malaysia bagi mendapatkan maklumbalas permasalahan pembangunan rakyat di negeri Johor.

Tempoh perlaksanaan berterusan sehingga tahun 2018.

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial