Sukan UMNO Malaysia

JOHOR BAHRU, 8 Mei – Penganjuran Sukan UMNO Malaysia disifatkan sebagai tepat pada masanya kerana mendekatkan parti itu dengan generasi muda.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor, Dato’ Mohamed Khaled Nordin, berkata sukan itu telah mengubah imej UMNO daripada sebuah pergerakan politik serius kepada pergerakan yang mementingkan aktiviti lebih santai agar kehadirannya dapat dirasai golongan berkenaan.

Justeru itu, beliau mahu atlet yang menyertai, menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi demi menonjolkan kesungguhan parti berkenaan dalam melakukan apa jua perkara.

“Kedua, saya minta jadikan pertandingan ini untuk memupuk semangat disiplin. Budayakan disiplin ini agar kita berdisiplin dalam apa jua kita hadapi, apatah lagi menjelang pilihan raya umum (PRU) nanti.

“Ketiga, karnival sukan ini merupakan wadah permuafakatan antara kita. Kita semua adalah UMNO Johor dan UMNO Johor adalah kita,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Makan Malam Atlet-Atlet Kontinjen UMNO Johor ke Sukan UMNO Malaysia di Yayasan Warisan Johor, malam tadi.

Ia diadakan sempena sambutan ulang tahun UMNO ke-71 di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada 11 Mei ini.

Turut hadir, Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Johor, Datuk Md Jais Sarday dan Ketua Pemuda UMNO negeri, Hahasrin Hashim.

 

Facebooktwitter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial