SUKARELAWAN BANTU BAIKI RUMAH PENDUDUK

image (1)

PONTIAN – Penduduk kurang berkemampuan dari tiga buah kampung di Pekan Nenas yang sebelum ini hidup dalam rumah usang, kini mampu tersenyum gembira apabila rumah mereka dibaiki oleh 93 ahli Briged Sukarelawan Khidmat Negara (BSKN), kelmarin.

Tiga kampung terbabit ialah Kampung Paya Embun, Kampung Sri Gambut dan Kampung Cahaya Baru.

Program  anjuran BSKN itu mendapat kerjasama  Johor Corporatian, Biro Tatanegara (BTN) Gunung Pulai dan penduduk kampung yang turut berganding bahu menjayakan gotong royong tersebut.

Penyeleras BSKN negeri, Mejar Zulkiflee Tajuddin berkata, sukarelawan tersebut dipecahkan kepada tiga kumpulan untuk membaiki rumah penduduk yang telah dikenal pasti uzur terdiri daripada rumah ibu tunggal dan keluarga miskin.

“Program ini dapat meringankan beban golongan yang kurang bernasib baik selain memberikan sokongan moral.

"Para sukarelawan juga dapat menimba pengalaman baharu kerana bersama-sama membaiki rumah penduduk.

“Pengalaman serta pengetahuan yang diperolehi di dalam kem oleh bekas pelatih PLKN  wajar  diterjemahkan kepada masyarakat  sejajar dengan objektif membentuk perwatakan  positif melalui nilai-nilai murni di dalam program kemasyarakat seumpama ini,” katanya.

Majlis Khidmat Bakti terbabit telah dirasmikan oleh Pengerusi Majlis Latihan Khidmat Negara (MLKN), Datuk Noor Ehsanuddin Mohd Harun.

Ia merupakan program yang ke 19 diadakan di negeri ini.- SINAR HARIAN

Facebooktwitter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial