SUKARELAWAN PENTING KEPADA PEMBANGUNAN NEGARA – LATIF BANDI

MERSING – Sukarelawan merupakan komponen dan catalyst perubahan penting kepada pembangunan negara dan bangsa, samada dilakukan secara individu, agensi, atau korporat.

Kesukarelawan mampu membawa perubahan kepada setiap individu melalui transformasi peribadi  mahupun kebaikan kepada masyarakat melalui pengukuhan sosial sikap saling mempercayai.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan Dan Kerajaan Tempatan Negeri Johor, Datuk Abd Latif Bandi berkata, inisiatif untuk menggalakkan rakyat Malaysia mengambil bahagian dalam aktiviti sukarelawan, bertujuan memupuk masyarakat yang penyayang dan bertanggungjawab.

Beliau berkata demikian pada majlis perasmian program Volunteer Malaysia di Mersing, hari ini.

Di Malaysia dan Johor, pelbagai platform yang boleh digunakan oleh masyarakat khasnya golongan remaja dan belia bagi menjalankan aktiviti kesukarelawanan, antaranya 1Malaysia For Youth (iM4U), Yayasan Sukarelawan Siswa, Sukarelawan Darul Takzim dan pelbagai badan bukan kerajaan (NGO) yang boleh dijadikan platform untuk menabur bakti dalam bidang ini.

Datuk Latiff Bandi yang juga ADUN Endau menyeru agensi-agensi awam memainkan peranan penting dalam menggerakkan sumber tenaga ke arah melibatkan individu untuk memberi khidmat sukarelawan mereka kepada masyarakat.

Volunteer Malaysia 2015 diadakan secara serentak di 13 buah negeri, di seluruh Malaysia. 

Program sukarelawan ini juga mendapat penyertaan daripada sukarelawan di Tokyo, New York, Manchester, Jakarta dan Melbourne menerusi Pusat Outreach iM4U.

Pelbagai aktiviti telah dirancang sempena program tahun ini yang berkonsepkan; Pembersihan Pantai dan Dasar Laut, Aktiviti Kumpulan Hijau, Perangi Denggi, serta Pergerakan Seni Awam.

Menerusi program Pembersihan Pantai dan Dasar Laut, ia diharap akan dapat memberi kesedaran kepada masyarakat  mengenai kepentingan penjagaan laut, persisiran pantai, serta ekosistem di dalamnya. 

Aktiviti Kumpulan Hijau pula lebih menjurus kepada pengurusan sisa bahan buangan seperti amalan kitar semula, serta guna semula bahan-bahan buangan.

Manakala, aktiviti Perangi Denggi mendapat kerjasama serta perhatian masyarakat agar mengekang masalah denggi ini daripada terus berlarutan.

Pergerakan Seni Awam, memberi ruang kepada artis tempatan, pelajar, serta masyarakat untuk menyumbang idea kreatif serta kemahiran untuk mengindahkan sesuatu kawasan samada bangunan dan monumen awam.- TV SELATAN

Facebooktwitter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial