SUKMA 2020: Prasarana Sukan Dibangunkan Secara Berperingkat

 

ex-zulKOTA ISKANDAR, 24 Nov – Kerajaan Negeri melalui Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) dan Majlis Sukan Negeri (MSN) sudah mengenal pasti venue setiap acara sukan yang akan digunakan pada Sukan Malaysia (SUKMA) 2020.

Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan Negeri Johor, Datuk Zulkurnain Kamisan berkata, sebagai persiapan menjadi tuan rumah temasya sukan dwitahunan itu, prasarana sukan di negeri ini akan dibangunkan secara berperingkat.

“Antaranya pembinaan kompleks sukan Lee Chong Wei bernilai RM100 juta untuk sukan badminton dan Stadium Sport City di Mount Austin bernilai RM89 juta yang akan dijadikan sebagai stadium utama untuk acara perasmian, acara padang, balapan dan upacara penutup,” katanya.

Beliau berkata, walaupun penganjur akan mendapat peruntukan daripada Kerajaan Pusat, namun Johor mengambil langkah awal untuk memulakan persediaan ke arah itu.

“Untuk makluman, setiap penganjur SUKMA secara tradisinya akan menerima peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan, biasanya dua tahun sebelum temasya berlangsung.

“Kita tidak boleh hanya menunggu dan terlalu berharap sebaliknya kita punya cara sendiri untuk menyiapkan setiap prasarana yang diperlukan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sesi penggulungan perbahasan pada Persidangan Dewan Negeri Johor Mesyuarat Ketiga (Bajet 2017) di Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar, di sini, hari ini.

 

Facebooktwitter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial