SUKSES JOHAN SAYEMBARA PENULISAN CERPEN, PUISI

image (1)

SEGAMAT – Pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Kenangan (Sukses), di sini, mengharumkan nama daerah ini apabila muncul juara Pertandingan Sayembara Penulisan Cerpen dan Puisi Bahasa Melayu peringkat Johor.

Guru Cemerlang Bahasa Melayunya, Dr Abdullah Zawawi berkata, sekolah itu juga mengetepikan beberapa sekolah elit lain dalam pertandingan anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Wilayah Selatan dan Jabatan Pelajaran Negeri Johor.

“Kami menghantar kira-kira 40 pelajar untuk menyertai  pertandingan ini yang  dibahagikan kepada beberapa kategori.

“Kemenangan ini secara tidak langsung melonjakkan status sekolah sebagai sekolah cemerlang dan kebitaraan dalam Bahasa Melayu. Ini kali pertama kami muncul juara selepas beberapa kali menyertai pertandingan,” katanya.

Menurutnya, ada di antara pelajar yang menyertai pertandingan adalah pelajar aliran sains dan ini membuktikan setiap pelajar mempunyai bakat terpendam yang perlu diseimbangkan antara aspek akademik dan kokurikulum.

Abdullah berkata, pihaknya juga sedang menunggu jawapan dan maklum balas daripada pihak berkaitan sama ada sekolahnya akan ke pertandingan peringkat kebangsaan untuk pertandingan sama.

“Sekarang kami cuba terapkan di dalam sistem pengajaran dan pembelajaran (P&P) di sekolah bahawa tidak semestinya sasterawan dan penggiat bahasa itu adalah pelajar aliran sastera sahaja,” katanya.- SINAR HARIAN

Facebooktwitter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial