Sultan Johor Lawat Mangsa Banjir

SultanKOTA TINGGI, 24 Jan. – Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar meluangkan masa melawat mangsa banjir di Dewan Serbaguna Kota Kecil, dekat sini, hari ini.

Ketibaan baginda pada pukul 11 pagi disambut oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Johor, Asiah Md Ariff dan Pegawai Daerah Kota Tinggi, Dr Badrul Hisham Kassim.

Sultan Johor turut bersalaman dan beramah mesra dengan mangsa banjir di pusat berkenaan.

Baginda yang meluangkan masa kira-kira 30 minit kemudian berangkat pulang pada jam 11.30 pagi.

Seramai 805 mangsa membabitkan 157 keluarga ditempatkan di pusat berkenaan. – Berita Harian

Facebooktwitter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial