Sultan Johor Mahu Budaya, Tradisi Johor Dimartabatkan

JOHOR BAHRU, 30 Julai – Pu­teri tunggal Sultan Johor, Tunku Tun Aminah Maimunah Iskandariah Sultan Ibrahim dan pasangannya, Dennis Muhammad Abdullah memilih untuk mengenakan busana tradisio­nal Johor tulen pada majlis per­kahwinannya, 14 Ogos ini.

Tunku Aminah berkata, ke­­putusan itu dibuat bagi me­me­nuhi permintaan Sultan Ib­rahim Sultan Iskandar yang mahu perkahwinan berlangsung di Istana Bukit Serene di sini menampilkan segala ke­unikan, kekayaan warisan, tradisi dan adat istiadat budaya Johor.

“Tuanku pernah menunjukkan gambar perkahwinan ayahandanya (Almarhum Sultan Iskandar Almarhum Sultan Ismail) dan bondanya (Enche’ Besar Kalsom Abdullah) yang diadakan dengan penuh istiadat dan tradisi negeri ini.

“Baginda meminta sa­ya­ men­contohinya bagi men­ge­kalkan budaya dan tradisi Jo­hor. Jika tidak, baginda khuatir keunikan kami sebagai orang Johor akan hilang dan dilupakan buat selama-lamanya,” katanya menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan Pusat Media dan Komunikasi Rasmi Ke­luarga Diraja Johor di sini, semalam.

Istiadat pertunangan Tunku Aminah, 31, dan Dennis, 28, akan diadakan pada pukul 10 pagi diikuti istiadat pernikahan di Istana Bukit Serene, manakala upacara bersanding berlangsung pada hari sama di Bilik Singgahsana, Istana Besar, pukul 8 malam.

Pada majlis pernikahan itu, Tunku Aminah akan menge­nakan baju kurung teluk belanga manakala Dennis memakai baju Melayu rekaan yang sama.

“Memandangkan ini yang ayahanda dan bonda mahukan, saya tidak mempunyai ma­salah untuk mengenakan busana tradisional Johor ini, malah berbangga untuk memakai baju kurung te­luk be­langa pada hari perkahwinan nanti.

“Pada majlis tersebut, ayah­anda turut mahukan De­n­nis mengenakan dua ke­rongsang di songkok seper­ti yang pernah digunakan nen­da (Sultan Iskandar) pada per­kahwinannya. Kerongsang ini diberikan kepada nenda oleh bondanya, Almarhumah Sultanah Aminah,” katanya.

Beliau berkata, upacara per­kahwinan berkenaan akan berlangsung secara sederhana tetapi meriah dengan keha­diran keluarga dan sahabat handai. – Utusan

Facebooktwitter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial